Kelas Bina Website WordPress Kuala Lumpur Malaysia
Sertai kelas bina website atau kursus belajar WordPress secara offline di sekitar Kuala Lumpur atau secara online di seluruh Malaysia.
Sertai kelas bina website atau kursus belajar WordPress secara offline di sekitar Kuala Lumpur atau secara online di seluruh Malaysia.
Kursus belajar wordpress adalah kelas kemahiran membina website yang menggunakan platform CMS iaitu WordPress. Objektif utama program ini adalah untuk membantu para individu, usahawan kecil dan sederhana belajar dengan lebih lanjut mengenai website dan bagaimana sesuatu website tersebut mampu membina kredibiliti tuan/puan sebagai usahawan.
Di zaman serba digital ini, memiliki sebuah website perniagaan adalah satu kewajipan. Ianya penting untuk memastikan perniagaan tuan/puan wujud di dalam talian. Selain itu, majoriti pelanggan pada masa kini lebih gemar melawati laman web perniagaan sebelum membuat pembelian.
Jadi tanpa membuang masa, mari kita lihat bagaimana program kelas bina website ini boleh membantu tuan/puan.
Berikut adalah dua kategori utama yang akan diberi tumpuan dalam dalam program ini.
Kategori #1
Bina website asas menggunakan WordPress dengan kos yang paling minima. Kategori ini lebih tertumpu kepada mereka yang mahu website tetapi ada sedikit kekangan modal. Jadi saya telah merangka satu modul yang mudah untuk memiliki dan mengubah suai website tuan/puan sendiri dengan kos yang paling optimum.
Kategori #2
Ini adalah kategori yang lebih menyeluruh. Banyak modul yang akan dicover dalam kategori ini, seperti pemilihan themes, setup ecommerce, dan juga setup payment gateway. Saya juga akan kongsikan kepada tuan/puan bagaimana nak bina website yang nampak professional tanpa perlu tahu sebarang coding pun.
Saya akan ajar bagaimana tuan/puan boleh gunakan kemahiran mereka yang tahu coding untuk membantu tuan/puan membina website mengikut citarasa sendiri.
Kategori ini sesuai kepada pemilik perniagaan atau sesiapa sahaja yang ingin menawarkan servis membina website kepada umum di masa hadapan.
CMS adalah “content management system” iaitu sejenis software yang digunakan untuk membina website atau content yang boleh disiarkan di atas talian. Dalam erti kata lain, CMS memudahkan tuan/puan membina website tanpa perlu mengetahui atau menulis bahasa pengaturcaraan (coding).
Pada zaman awal website diperkenalkan, kita perlu mengetahui bahasa pengaturcaraan web untuk menerbitkan kandungan yang kita mahukan di atas talian. Ianya dianggap sukar kerana bukan semua orang boleh memahami bahasa coding dengan baik.
Namun setelah perisian CMS diwujudkan, kita tidak lagi perlu belajar mengenai coding untuk membina website. Perisian CMS akan melakukannya untuk kita dan menjadikan proses membina laman web lebih mudah.
WordPress adalah salah satu daripada CMS platform yang digunakan untuk membina, mengurus, dan mengubah suai kandungan digital seperti laman web yang tuan/puan lihat pada hari ini. Antara contoh CMS lain yang tuan/puan mungkin pernah dengar ialah Weebly, Wix, Joomla, dan juga Drupal.
Sebenarnya terdapat banyak lagi CMS lain yang diguna pakai di luar sana. Tetapi untuk modul pelajaran kita disini, saya memang memfokuskan 100% penggunaan WordPress sebagai medium pembinaan website tuan/puan.
Saya akan terangkan dibawah apa itu WordPress dan kenapa saya memilih WordPress sebagai medium pembinaan website.
Sebelum tuan/puan belajar membina website melalui WordPress, penting untuk tuan/puan tahu apa itu WordPress dan kelebihannya.
WordPress mula dilancarkan pada tahun 2003. Pada awalnya, ia banyak digunakan untuk membina laman Blog peribadi. Namun sedikit demi sedikit ia mula digunakan untuk pelbagai jenis laman web, termasuk penerbitan profesional dan platform e-dagang.
WordPress adalah perisian percuma. Ianya percuma untuk diguna pakai, dimuat turun, dan diubah suai mengikut citarasa tuan/puan. Namun begitu, tuan/puan masih perlu mengeluarkan modal untuk membeli domain dan hosting website tuan/puan.
Kini WordPress adalah open-source CMS yang paling popular di dunia. Lebih daripada 38% website di internet menggunakan WordPress. Ia juga mempunyai komuniti developer yang cukup aktif dengan penghasilan lebih 50,000 plugins pelbagai fungsi.
Secara peribadi, saya juga merasakan WordPress adalah perisian terbaik untuk membina website pertama tuan/puan. Ianya percuma, mudah digunakan, dan mempunyai pelbagai fungsi.
Jika tuan/puan berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai WordPress, boleh baca artikel ini: Important Reasons to Use WordPress in 2022
Terdapat banyak kelebihan yang tuan/puan akan dapat apabila membina website menggunakan WordPress. Ianya mudah digunakan dan sangat sesuai kepada mereka yang baru sahaja ingin belajar membina laman web sendiri.
Saya akan cuba ringkaskan perkara-perkara yang penting mengenai kelebihan menggunakan WordPress dalam bentuk point dibawah:
Ini adalah beberapa contoh website terkemuka yang dibina menggunakan perisian WordPress.
Antaranya ialah website Dato’ Sri Siti Nurhaliza: Simplysiti.com.my
Dan juga beberapa agensi kerajaan yang lain seperti:
Jabatan Alam Sekitar: doe.gov.my
Jabatan Zakat, Wakaf, dan Haji: jawhar.gov.my
Untuk website kategori international pula, tuan/puan boleh lihat contoh berikut:
One of the biggest gaming companies in the world: Playstation Blog
A very popular tech website: TechCrunch
Official PR website for CNN’s: CNN Press Room
Dan banyak lagi website di luar sana yang menggunakan perisian WordPress.
Nak contoh yang lebih dekat dengan bisnes tuan/puan? Boleh lihat di portfolio saya.
Semua ini adalah contoh laman web yang saya bina menggunakan WordPress. Jika tuan/puan berminat nak belajar bina website yang macam ni, boleh teruskan pembacaan.
Insyaallah ada kelas bina website yang sesuai dengan apa yang tuan/puan inginkan.
Untuk tenaga pengajar akan diajar oleh saya sendiri. Saya telah berkecimpung dalam dunia perniagaan internet sejak tahun 2009 lagi. Tapi pada waktu itu saya lebih kepada membuat jualan di eBay.
Kemudian pada tahun 2014 saya bekerja sebagai Internet Marketer, bos saya pada waktu itu adalah mentor saya yang banyak pengajar selok belok perniagaan internet.
Dari situ saya belajar bagaimana mahu membina website yang baik. Apa faktor penting yang perlu diambil kira dalam pembinaan laman web dan juga teknik-teknik SEO. Terima kasih bos!
Jika tuan/puan berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai latar belakang saya dan syarikat, tuan/puan boleh lawati laman “about us” disini.
Sangatlah tidak rugi untuk belajar ilmu bina laman web.
Laman web boleh digunakan untuk membina profil bisnes tuan/puan. Masukkan latar belakang bisnes, lokasi perniagaan, jenis perniagaan, dan servis yang ditawarkan.
Kelas ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar membina laman web menggunakan perisian WordPress.
Jika tuan/puan adalah salah seorang daripada berikut:
Terdapat beberapa jenis kelas atau modul yang berbeza di bawah. Sila baca dengan teliti untuk menilai kelas bina website manakah yang paling sesuai untuk tuan/puan.
Untuk tarikh kelas asas boleh terus tengok di bahagian bawah. Manakala untuk personal coaching secara bersemuka atau dalam talian boleh ditetapkan mengikut slot kosong dan kesusaian masa tuan/puan.
Dari segi lokasi pula ada 2 jenis, iaitu secara online menggunakan (Zoom, Google meet) atau secara bersemuka (PC) mengikut tempat pilihan yang telah dipersetujui.
Personal coaching secara bersemuka hanya terbuka kepada peserta daripada Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja buat masa sekarang.
Kelas asas WordPress sesuai kepada mereka yang ingin belajar membina website sendiri dengan kos yang paling minima.
Disini saya akan ajar bagaimana nak membina laman web dengan menggunakan sumber yang percuma. Jadi secara asasnya tiada kos lain yang perlu dikeluarkan selain daripada kos domain dan hosting.
Kelas bina website asas akan diadakan selama 4 jam. Berikut adalah ringkasan tentang apa yang tuan/puan akan belajar:
Sesi Pagi
10.30 a.m – 12.30 p.m
– Pengenalan
– Apa itu domain & hosting
– Ciri utama website
– WordPress installation
– Themes installation
– Elementor
12.30 p.m – 1.30 p.m
– Rehat
Sesi Petang
1.30 p.m – 3.30 p.m
– Pengubahsuai website
– Cara mudah design website anda
– Q&A
Kelas asas ini sesuai untuk sesiapa yang baru ingin bermula. Jadi topik yang diajar juga agak terhad.
Antara topik yang tidak diajar adalah:
Kelas akan dijalankan secara online sama ada melalui Google Meet atau Zoom.
Maximum peserta untuk kelas asas WordPress adalah 10 orang sahaja untuk satu sesi.
Semua peserta yang hadir akan dibantu selama 90 hari dari segi pertanyaan dan nasihat.
Seperti yang tertera di atas, maksimum peserta untuk satu sesi adalah 10 orang sahaja. Ini penting untuk memastikan semua peserta dapat mengikuti kelas dengan baik.
Kelas juga tetap akan diteruskan walaupun kehadiran peserta cuma 1 orang.
Dinasihatkan supaya setiap peserta mempunyai akaun hosting dan juga domain name sebelum menyertai kelas ini.
Ianya penting untuk tuan/puan ada hand-on experience semasa mengikuti kelas saya nanti.
Ada 3 pilihan disini:
Jika tuan/puan sudah berdaftar untuk menyertai kelas dan perlukan khidmat nasihat mengenai pemilihan domain dan hosting, sila whatsapp saya disini.
Harga upah untuk siapkan satu website mungkin berbeza, kebiasaannya ia bergantung kepada fungsi dan ciri-ciri website tersebut.
Selain itu, faktor pengalaman dan kepakaran individu atau agensi turut menyumbang kepada perubahan harga.
Ini adalah contoh harga yang mungkin tuan/puan selalu lihat:
Website Landing Page: ±RM500
Website Standard: ±RM850
Website eCommerce: ±RM1800
Harga boleh berubah-ubah bergantung kepada permintaan pelanggan.
Jika tuan/puan berminat untuk mengurangkan kos di atas, belajar bina website sendiri boleh katakan satu pilihan yang baik.
Personal coaching secara terus atau bersemuka. Kelas ini lebih menyeluruh berbanding kelas asas.
Saya sendiri akan bergerak ke lokasi yang dipersetujui bersama untuk melatih tuan/puan membina website. Lokasi adalah sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja.
Kelas ini lebih tertumpu kepada mereka yang mempunyai modal yang lebih sedikit untuk dibelanjakan kepada pembangunan laman web mereka.
Kos yang perlu dikeluarkan tidaklah mencapai ribuan ringgit. Mungkin kurang lebih daripada RM500 bergantung kepada citarasa tuan/puan sendiri.
Dalam kelas ini saya akan kongsikan bagaimana:
Kelas ini akan diadakan selama 2 hari dari pukul 10.30 pagi hingga ke 4.30 petang.
Berikut adalah ringkasan Modul yang akan dipelajari semasa hadir ke personal coaching.
Hari Pertama
10.30 a.m – 4.30 p.m
– Pengenalan
– Apa itu domain & hosting
– Ciri utama website
– WordPress installation
-WordPress Dashboard
-Premium Themes
– Themes installation
– Plugin and widget
-Basic setting
Hari Kedua
10.30 a.m – 4.30 p.m
– eCommerce
– Woocommerce setting
– Setup homepage and store
– Add product
– Payment gateway
– Manage order
– Add-on plugin
– Landing page
– Basic SEO
Sekiranya tuan/puan berada di luar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang, tuan/puan masih boleh mengikuti personal coaching secara online. Tetapi ianya masih tertakluk kepada slot kosong yang ada.
Selain itu, kepada sesiapa yang inginkan PC secara bersemuka tetapi tiada tempat untuk belajar. Mungkin tak ada idea nak belajar dekat mana dan tak berapa selesa nak belajar di kedai.
Jika begitu, saya boleh cadangkan untuk buat kelas secara terus di ofis saya. Tuan/puan boleh terus hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Dari segi kos pula, PC secara online atau hadir ke ofis akan jadi sedikit murah kerana ada kos yang boleh ditolak.
Semua peserta yang hadir akan dibantu selama 90 hari dari segi pertanyaan dan nasihat.
Peserta boleh memilih lokasi yang sesuai tetapi haruslah mendapat persetujuan bersama.
Lokasi agak jauh tetapi berminat untuk join secara online. Ya boleh, sila whatsapp saya untuk maklumat lanjut.
Saya harap saya telah memberi penjelasan yang baik kepada tuan/puan. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca segala input yang terdapat pada page ini.
Jika ada sebarang pertanyaan lain, sila hubungi saya melalui Whatsapp di link dibawah.
Nota tambahan:
Ada tak kat sini yang berminat dengan group coaching secara bersemuka? Jika ada sila bagi nama dan lokasi, jika ramai yang inginkan group coaching saya akan usahakan.
Ada support selepas kelas?
Ya kami ada sediakan support. Untuk membina laman web anda yang pertama, kami akan bantu anda selama 90 hari. Sila whatsapp kami untuk khidmat bantuan dan nasihat.
Perubahan tarikh selepas mendaftar
Kelas Asas WordPress
Ya anda dibenarkan untuk menukar tarikh ke tarikh kelas seterusnya. Permohonan pertukaran tarikh hanya dibenarkan sekali sahaja.
Personal Coaching
Sebarang pertukaran tarikh kelas personal coaching tertakluk kepada persetujuan bersama. Permohonan pertukaran tarikh hanya dibenarkan sekali sahaja.
Jaminan pulangan wang tunai
Jika tuan/puan rasa apa yang diajar tidak berbaloi dengan apa yang telah tuan/puan bayar, sila maklumkan pada pihak kami. Kami ada menyediakan jaminan pulangan wang kepada semua peserta kami.
Berikut adalah jumlah wang yang akan dikembalikan:
Kelas Asas WordPress – 100% pulangan wang tunai
Personal Coaching – 80% pulangan wang tunai
Sila baca dengan teliti atau berhubung dengan saya dahulu jika terdapat sebarang keraguan mengenai modul kelas WordPress yang ditawarkan.
Insyaallah saya akan cuba bantu mana yang boleh. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.
Kelas Bina Website WordPress
Olienet Solution